spot_img
spot_img

PRN : PAS yakin menang dan pertahan 3 negeri di bawah pentadbirannya

spot_img

KOTA BHARU: Pas Kelantan yakin mampu menyapu bersih kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jumlah itu termasuklan enam kerusi yang diberikan kepada rakan sekutu mereka iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi kerjasama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, pada PRN akan datang, Pas dan Bersatu akan menampilkan calon yang berpotensi menang bagi memastikan tampuk pentadbiran terus kekal untuk penggal berikutnya.

- Advertisement -

Beliau ditemui pemberita selepas Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2 di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Besar itu memberitahu, penentuan calon akan dilantik oleh Majlis Syura walaupun senarai semua sudah dipilih dan akan dipersembahkan kepada majlis itu.

Bagi PAS Kedah pula, mereka dan rakan sekutu dalam gabungan PN yakin akan menambah lagi kerusi DUN, sekaligus mengekalkan pentadbiran negeri dengan mandat rakyat, bukan seperti statusnya sekarang di mana ia mengambil alih kerajaan negeri setelah jatuhnya kerajaan terdahulu.

- Advertisement -

Untuk rekod, komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, BERSATU (6), PKR (5), Parti Amanah Negara (4), manakala UMNO, DAP dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) masing-masing memiliki dua kerusi.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi berkata, momentum PN sehingga kini masih memberangsangkan dan sokongan didapati meningkat setiap hari.

PAS Kedah tidak bimbang walaupun undi PH akan dicampur dengan undi BN, kerana PN akan tetap menang berdasarkan prestasi PRU15 lalu. Sanusi menjangkakan PH hanya boleh menang di tiga kerusi DUN sahaja iaitu DUN Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam, di mana DUN ini terdapat pengundi bukan Islam yang tinggi berbanding kerusi DUN lain di Kedah.

(Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang kini berkontroversi dan disiasat kerana mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah)

Pas Terengganu pula yakin akan dapat merampas 10 kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN) yang dikuasai Barisan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, menurut Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Ia juga bersandarkan kejayaan yang dicapai parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Katanya kini PAS sudah mempunyai 22 kerusi (DUN), sangat yakin bahawa 22 kerusi itu akan kekal bersama PAS, dan mereka akan memastikan untuk menawan 10 lagi kerusi DUN daripada UMNO.

Selain tiga negeri di atas, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

PRN ini akan menjadi kayu ukur sokongan orang Melayu kepada UMNO atau mereka masih kekal mengundi PN. Adakah gelombang ‘hijau’ akan terus mekar selepas kejayaannya pada PRU15 lalu akan terjawab di PRN ini dan sekaligus menjadi jawapan kepada keyakinan orang Melayu terhadap Kerajaan Madani Anwar Ibrahim. Manakala bagi pengundi bukan Melayu, mereka dijangka kekal utuh bersama Pakatan Harapan (PH).

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img