spot_img
spot_img

Akhirnya kepada Tun Mahathir mereka kembali

spot_img

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu dan dua pemimpin majlis tertinggi Bersatu telah menandatangani untuk bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, “Proklamasi Melayu”  atas kapasiti peribadi mereka.

Mereka ialah Ahmad Faizal Azumu, Ketua Penerangannya Razali Idris and Ahli Majlis Tertinggi Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

- Advertisement -

(Dari kiri Razali, Faizal dan Dzulkarnain – Foto FMT)

Menurut laporan yang dipetik dari FMT , Razali mengakui bahawa mereka bertiga telah menandatanganinya ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Yayasan Perdana bersama negarawan itu.

Razali juga tidak mengesahkan jika ada lagi mana-mana pemimpin Bersatu lain telah menandatangani atau merancang untuk menandatangani dokumen yang bertujuan untuk menyatukan dan “menyelamatkan” masyarakat khususnya orang Melayu.

- Advertisement -

Awal hari ini, dilaporkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin utama parti itu menandatangani pengisytiharan itu selepas pertemuan dengan Tun Dr Mahathir malam tadi.

Minggu lalu, Mahathir, yang pernah mengkritik PAS, tetapi melakukan u-turn  dengan berkata rakyat tidak perlu takut dengan “gelombang hijau” (warna rasmi PAS)  dan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), sambil menunjukkan bahawa Malaysia menyaksikan pembangunan pesat apabila ia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.

Sementara itu, Razali berkata pengisytiharan itu tidak boleh dianggap sebagai dokumen perkauman kerana ia hanyalah usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

“Saya melihat (pengisytiharan) ini sebagai sesuatu yang baik untuk orang Melayu (kerana) matlamat untuk menyatukan mereka. Tiada agenda politik di sebalik ini. Kaum lain tidak perlu risau mengenainya,” tambahnya.

Penganalisis politik Dr Zulkarnain Hj Hamsah dari Universiti Tun Abdul Razak berkata tidak mengejut mana-mana parti politik di dunia ini akan menjadi berhaluan kiri terutamanya memainkan isu bangsa dan agama untuk mudah mencapai sokongan majoriti.

Tambahnya sebelum ini, PAS dan UMNO juga menyerang Bersatu dengan naratif yang sama semasa Bersatu bersama PH.

“Cuma yang mengejutkan saya ialah di mana peranan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, hingga kepimpinan Bersatu kembali mencari Tun Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mereka pecat ? Rakyat yang bijak menilai akan nampak ini sebagai langkah terdesak politik semata-mata, tidak lebih dari itu”, katanya.

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img