SEBERANG PERAI, 14 April — Kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM200 juta untuk membangunkan tanah wakaf di Pulau Pinang. Pengunguman itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau berkata Pulau Pinang mempunyai banyak tanah wakaf yang tidak digunakan, ada yang berusia melebihi 100 tahun, yang boleh dibangunkan untuk manfaat umat Islam di negeri itu.
Katanya, tanah ini boleh dibangunkan untuk perumahan atau kegunaan komersial dan bukannya dibiarkan kosong.
“Ini akan menjadi perkara pertama untuk diambil alih oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang dihidupkan semula,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini.
Beliau berkata majlis itu telah lama ditubuhkan dan telah tidak aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Anwar berkata Tan Sri Khalid Ramli telah dilantik sebagai pengerusi baharu Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Pulau Pinang.
Beliau berkata ICU Pulau Pinang dan majlis itu perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan pembangunan projek untuk Bumiputera di negeri itu.
Sementara itu, beliau berkata turut diadakan perbincangan berhubung keperluan melatih tahfiz di Pulau Pinang.
“Tahfiz perlu dilatih dalam bidang lain; jika tidak, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata tahfiz di Pulau Pinang mesti diberi latihan TVET, selain mengaji al-Quran.
“Kami memperuntukkan RM10 juta untuk disalurkan kepada kerajaan negeri bagi merancang program bersama syarikat swasta untuk melatih tahfiz,” katanya.
Beliau berkata dengan cara ini, tahfiz akan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dengan latihan TVET.
Foto : Harapan Daily
















