spot_img
spot_img

Annuar Musa pilih PAS

spot_img

KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa memilih Pas sebagai wadah perjuangan baharu dalam arena politik negara.

Sumber Pas Kelantan yang dipetik dari Utusan Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

“Setakat ini semua itu masih dalam proses dan kita berharap semuanya berjalan dengan lancar.

- Advertisement -

“Mengenai tarikh serahan borang itu, saya tidak mempunyai maklumat yang tepat setakat ini. Doakan semuanya berjalan lancar dan sempurna,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Annuar yang juga bekas dipecat daripada parti itu selepas didakwa lantang mengkritik kepemimpinan parti itu terutamanya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Susulan itu, Annuar menggerakkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) selain menegaskan ia bukan sebuah badan politik.

- Advertisement -

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan Annuar yang ketika ini berada di Mekah gagal apabila mesej menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas dan hanya dibaca sahaja.

Seorang lagi pemimpin veteran UMNO iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim juga pernah menyatakan untuk memilih PAS tidak lama lagi jika ingin memilih wadah atau platform politik yang baharu.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img