spot_img
spot_img

RM41 juta bantu start-up tembusi pasaran serantau

spot_img

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM41 juta dalam Belanjawan 2027 akan membantu memajukan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup (SUPER), memperkukuh ekosistem inovasi dan mempercepat transformasi digital Malaysia.

Cradle Fund Sdn Bhd, agensi yang menyokong syarikat pemula niaga peringkat awal, memaklumkan peruntukan itu turut memperluas penembusan teknologi buatan Malaysia ke pasaran serantau dan global.

Menurut Cradle Fund, peningkatan akses kepada pembiayaan, peluang pengkomersialan, pembangunan keupayaan dan jaringan pasaran menyediakan asas lebih kukuh untuk pemula niaga berkembang, meningkatkan daya saing serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mampan.

- Advertisement -

“Malaysia telah membina asas yang kukuh melalui pembangunan bakat keusahawanan, teknologi dan syarikat berinovasi.

“Belanjawan 2027 memberi peluang kepada kita untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan membantu syarikat tempatan mengkomersialkan inovasi, memperoleh pelanggan, menarik pelaburan serta mengembangkan perniagaan melangkaui pasaran domestik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke, dalam satu kenyataan hari ini.

Selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Cradle berhasrat membangunkan ekosistem pemula niaga lebih bersepadu supaya syarikat tempatan dapat membina asas perniagaan di Malaysia, mengkomersialkan inovasi dengan jayanya serta berkembang ke pasaran serantau dan bersaing di peringkat global.

- Advertisement -

Menurut agensi itu, usaha berkenaan akan terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi dan pemula niaga terkemuka di peringkat serantau dan global.

 

 

 

Sumber – BERNAMA

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img