spot_img
spot_img

Pengerusi badan berkanun di Pulau Pinang akan didakwa esok

spot_img

PETALING JAYA: Pengerusi sebuah badan berkanun di Pulau Pinang dilaporkan akan didakwa esok berhubung penjualan lapan bidang tanah milik agensi itu yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.96 juta.

Lelaki berusia lingkungan 50-an yang memegang gelaran “Datuk” itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town pada pagi esok, lapor Berita Harian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menahan pengerusi tersebut serta empat individu lain bagi membantu siasatan kes berkenaan, yang didakwa berlaku pada tahun 2015.

- Advertisement -

Suspek-suspek lain terdiri daripada dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani wanita, kesemuanya berusia lingkungan 40-an dan 50-an.

Pengerusi badan berkanun itu didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai timbalan pengerusi dan pengarah pada tahun 2015 untuk meluluskan penjualan tanah di Seberang Perai Selatan pada harga di bawah nilai pasaran kepada sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang kenalannya.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img