spot_img
spot_img

Selangkah demi selangkah kembali kepada UMNO

spot_img

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) hari ini menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU), bagi acara Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, selepas tiga tahun dipecat dari parti itu. Kehadiran beliau menimbulkan kegembiraan dan juga pandangan sinis dari pihak pembangkang dalam arena politik tanahair.

KJ merupakan figura politik yang versatile. Kini merupakan pengacara radio di stesen Media Prima. Pelbagai kontroversi berlaku atas nama KJ, tetapi beliau tetap relevan dan menjadi sebutan pada seluruh rakyat Malaysia. KJ menyifatkan kehadirannya itu sebagai detik yang sangat menyentuh hati.

Beliau menerima jemputan daripada Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan meminta izin dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

- Advertisement -

“Malam tadi, saya bertemu Datuk Seri Zahid di majlis tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Razak dan saya bertanya terus kepadanya sama ada saya boleh hadir hari ini.

“Saya memberitahunya bahawa jika dia tidak memberi kebenaran, saya tidak akan datang. Alhamdulillah, dia kata saya dialu-alukan untuk hadir,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendedahkan bahawa beliau menghadiri perhimpunan itu sebagai pemerhati dan akan mengambil pendekatan secara ‘selangkah demi selangkah dalam menentukan langkah seterusnya.

- Advertisement -

Apabila ditanya mengenai cadangan Dr Akmal agar Umno meninggalkan kerajaan perpaduan, bekas menteri belia dan sukan itu berkata isu itu lebih rumit dan tidak boleh dilihat secara mudah.

Beliau menjelaskan bahawa Pemuda Umno kekal selaras dengan keputusan parti itu untuk kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga pilihan raya akan datang, bagi memastikan kestabilan politik negara tidak terganggu.

“Apa yang penting ialah mesej daripada sayap pemuda. Dr Akmal telah berkata bahawa beliau sendiri akan memainkan peranan dalam memastikan prinsip dan garisan merah Umno tidak dilanggar oleh mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan.

“Beliau juga menegaskan bahawa ini bukanlah perhimpunan yang didorong oleh kebencian. Perpaduan Melayu tidak sepatutnya membuatkan masyarakat lain berasa terancam.

“Saya melihat usaha ini sebagai ikhlas dan berharap ia akan menyatukan orang Melayu tanpa bertukar menjadi agenda permusuhan terhadap mana-mana kaum lain,” tambahnya.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img