PUTRAJAYA, 3 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri adalah antara suspek utama dalam siasatan rasuah yang sedang dijalankan membabitkan ratusan juta ringgit dana kerajaan.
Ini menandakan kali pertama badan pencegah rasuah itu menamakan ahli parlimen Bera dan pemimpin Umno itu sebagai suspek.
“Dalam perkara ini saya boleh nyatakan dia adalah suspek,” kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki kepada pemberita di sini, merujuk kepada Ismail Sabri.
SPRM mendedahkan bulan lalu bahawa ia sedang menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai usaha publisiti pentadbiran Ismail, yang membawa kepada penahanan empat pembantu Ismail.
Pihak berkuasa telah merampas kira-kira RM170 juta wang tunai merentasi pelbagai mata wang antarabangsa, termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan. Selain itu, 16 kilogram jongkong emas tulen, bernilai hampir RM7 juta, dirampas.
Agensi itu tidak menjelaskan sama ada bekas perdana menteri itu adalah saksi atau terlibat secara langsung.
Foto : Malay Mail
















