spot_img
spot_img

Usaha jadikan Tapak Warisan UNESCO Kg Baru Cina tidak selari dengan kerajaan perpaduan

spot_img

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming kepada kerajaan negeri Selangor untuk mencalonkan kampung baharu Cina tersenarai sebagai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai Tapak Warisan, menerima kritikan kerana bertentangan dengan aspirasi kerajaan perpaduan

(Menteri KPKT Nga Kor Ming)

- Advertisement -

Penggiat seni dan budaya, Abdul Karim Dasiman, 45, berkata sepatutnya kerajaan berusaha mempromosikan budaya Malaysia iaitu budaya Melayu yang wajib diaspirasi oleh semua kaum yang memegang kerakyatan Malaysia.

“Kenapa perlu kita asingkan lagi akan budaya kampung mengikut kaum ini atau promosikan perbedaan antara kaum ? Sudahlah sekolah anak-anak kita telah diasingkan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan, kini kerajaan beri idea mahu promosikan pula kampung orang Cina ? Kenapa tidak kampung Malaysia yang terdiri dari semua kaum ? Kenapa tidak mencari satu budaya teras Malaysia untuk dipromosikan ?”, soalnya kepada idea menteri KPKT itu.

Semalam, akhbar berbahasa Inggeris The Star memetik Nga Kor Ming sebagai berkata bahawa usaha itu bertujuan untuk mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah kampung baharu Cina yang telah wujud selama 76 tahun.

- Advertisement -

“Perkampungan baharu Cina Malaysia adalah unik dengan warisan berharga yang ditinggalkan sejak beberapa dekad lalu. Saya akan berhubung dengan kerajaan negeri untuk memulakan kajian (mengenai proses penamaan calon kampung-kampung).

“Sudah 76 tahun sejak kampung-kampung baharu di Selangor diasaskan pada 1948,” Nga dilaporkan berkata.

Kampung-kampung baru telah diwujudkan oleh penjajah British semasa Darurat Malaya sebagai kem tahanan untuk memisahkan ratusan ribu penduduk kampung etnik Cina daripada gerila komunis.

Mereka telah berkembang menjadi kampung dan pekan kediaman dengan majoriti masyarakat Cina dalam beberapa dekad sejak itu.

Ahmad Sarikie, 39, pelancong domestik dari Sarawak berkata, jika kerajaan mahu mempromosikan pelancongan, adalah lebih baik menggambarkan budaya Malaysia yang sebenar atau budaya kaum majorit yang berintegrasi dengan semua kaum untuk memupuk perpaduan yang renggang sekarang ini.

“Bukan sahaja hanya satu kaum yang akan mendapat limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan dari pembangunan tapak warisan itu, tetapi semua kaum akan peroleh manfaatnya termasuk masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak”, ujarnya yang mahu kerajaan Malaysia mempromosi Sarawak dengan lebih luas kerana negeri itu kaya dengan alam semulajadi yang tiada di semenanjung.

“Lagi banyak kampung-kampung kaum Iban yang patut kerajaan promosikan atau jadikan tapak warisan kerana merekalah penduduk asal tanah itu”, ujarnya.

Profesor Datuk Wahab Bin Abdullah dari OUM, mengesyorkan budaya Malaysia ialah budaya kaum asli iaitu Melayu dan bumiputera yang patut diasimilasikan oleh semua kaum sama seperti di Indonesia dan negara-negara Barat lain di mana para pendatang yang menetap di sana perlu mengikut budaya majoriti negara itu.

“Walaupun dalam kenyataan menteri itu menyarankan seluruh rakyat Malaysia menerima kepelbagaian di Malaysia, di mana orang Melayu sememangnya sudah pun menerima orang Cina dan India sejak sekian lama dengan hati terbuka, kini adalah masanya kerajaan memupuk persamaan budaya Malaysia yang satu. Jangan asingkan lagi anda Cina, Melayu dan India atau lain-lain, kita mesti ada budaya Malaysia yang selari dengan matlamat kerajaan perpaduan”, katanya disamping ia akan dapat merapatkan jurang undi orang bukan Melayu kepada kerajaan sekarang di mana idea mempromosikan kampung baru Cina semata-mata akan menjadi perkara negatif terhadap kerajaan dan juga negara pada masa hadapan.

Pada Jun tahun lepas, Nga Kor Ming mengumumkan bahawa tujuh kampung di negara ini telah dipilih untuk penyenaraian bagi mendapatkan status tapak Warisan Dunia daripada Unesco.

Tujuh kampung itu dipilih daripada kumpulan 613 kampung baharu di seluruh negara termasuk Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka dan Selangor.

 

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img