spot_img
spot_img

Dron perlu di sektor petanian

spot_img

KENINGAU, 30 April — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sedang berusaha membangunkan ekosistem aplikasi teknologi dron dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan pendapatan petani.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penggunaan teknologi dron dalam sektor pertanian mampu meningkatkan hasil, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan memberi peluang pekerjaan kepada petani khususnya di luar bandar.

Menurutnya lagi, penggunaan dron dalam sektor pertanian dapat memberi maklumat tepat kepada petani dalam penggunaan racun perosak dan baja serta status kesihatan tanaman. Secara tidak langsung membolehkan peningkatan produktiviti tanaman sekitar 30 peratus dan pengurangan kos operasi sebanyak 20 peratus dan sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan petani.

- Advertisement -

Sains, teknologi dan inovasi (STI) mempunyai potensi besar dan boleh menawarkan penyelesaian terbaik termasuk dalam sektor pertanian dan perladangan, tambah Datuk Arthur Joseph Kurup

Kerajaan melalui Mosti komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan bagi menyesuaikan penyelesaian teknologi yang berkesan dalam memastikan keselamatan bekalan makanan terjamin pada kos yang berpatutan.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img